Trip ke Kundasang, Sabah 2017


Kundasang, Sabah 2017

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam tahun baru 2017!!
Harini KC nak cerita pengalaman KC ke Kundasang Sabah.

Ha kenapa Kundasang? Kenapa bukan Semporna ke Mabul ke..okay meh sini KC nak habaq. Ceritanya sedang kakak KC main FB tetiba dia cakap.

“Jom pergi Kundasang!”

KC pun jawab, “Jom, jom” sebab KC tak pernah pergi Sabah lagi. Jadi KC pun setuju jela nak join pergi Kundasang sebab nak makan seafood tak pernah pergi Sabah kan.

Sebenarnya perancangan untuk Tahun 2017 banyak. Nak pergi Lombok lah, Jepun la, Korea la.Tapi siapa dapat menduga, dari nak ke Oversea, tak jadi terus ke Sabah la. Okay intro terpanjang pulak. Meh kita start!

Tiket

Tiket flight kitorg beli masa promo yang tak berapa nak promo tu pertengahan tahun 2016. Dapat harga RM145 return KUL-BKI. Kalau tunggu promo korang mungkin boleh dapat harga RM70 return.

Kitorg pergi berempat je.Mak, Angah, Kak Lang, dan #sibongsu KC. Sebenarnya  10 org (9 dewasa, 1 budak). Last Minute yang lain pun nak mengikut.
Flight kami dari KUL jam 12.30pm pada 15 Januari 2017. Balik dari BKI jam 12.30pm 18 Januari 2017.

Sebenarnya masa ni terjadi satu peristiwa di mana semua traveller, backpackers, flashpackers waima Dato’ or Datin pun sangat takut kalau terjadi.

TERTINGGAL FLIGHT!!

Kami hampir2 kena tinggal flight. KC yang lead dorang sebenarnya. Kitorg tak pernah terbang ikut KLIA2. So, this is our first time. Mula2 smooth je. Masuk ikut gate J. Padahal gate K. Sesiapa yang pernah terbang ikut KLIA2 mesti tahu mcm mana papan tanda gate K. tambah-tambah pulak kitorg jalan sambil lewa je, tak tengok papan tanda (sebab ingat sama mcm KLIA) so kitorg main jalan je. Singgah gi toilet secara berjemaah la.

Then, jalan terus, cakap dengan kaklang. Mana gate K nye? Jalan sampai hujung tak jumpa K pun. Lepastu KC lari sorang2 dengan backpack berat + hand luggage mak (anak mithali sangat tolong bawakan luggage mak) pergi cari pintu K. Lepastu dah jumpa KC lari sorang2 je tinggalkan yang lain pergi cari gate K16. Dalam hati KC, at least salah sorg dari kami dpt masuk pun okay dah. Mungkin boleh kawtim dgn staff Airasia tu kan. KC lari laju gile. Penat jangan cakaplah, dahlah gate K16 jauh gileeee.

Turun escalator 2 kali. Lepastu tengok board yang tunjuk gate Open/Close/Final Call tu, Nampak KK Final Call. Lagi laju KC lari. Depan sikit lagi board tu tunjuk dah Closed. KC macam Ussain Bolt dah lari. Lepastu dari jauh nampak staff Airasia tutup pintu gate K16. KC sampai depan K16 dengan tercungap2 lpstu merayu dekat Staff Airasia bagi masuk. Muka dorang agak marah la kan, tapi dia buka jugak, mungkin dia tengok KC yang termengah2. Rasa mcm nak bagi bunga je kat Staff tu. Thanks staff Airasia!! Masuk je KC minta maaf banyak kali. Cakap kitorg masuk gate J. Lepastu dalam 2 minute baru lah family KC yang lain sampai. Memang kitorg bersyukur sangat dan berterima kasih kat staf Airasia tu sbb bagi kami masuk.

Masuk je Flight AK5130, terus FA senyum je, takde marah2 walaupun dorang berhak untuk marah kami yang lambat ni. Mungkin dorang faham, KLIA2 punye Boarding jauh gile okay!!
Finally, semua dah masuk flight! Alhamdulillah masa tu taktau nak zahirkan rasa syukur tu macam mana, Balik2 duk ucap Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan kami. Syukur sangat2. Dan Thanks FA dan Staf Airasia penerbangan AK5130 KUL-BKI jam 12.30 pm, 15th January 2017.

Kereta Sewa

Tamat kisah Flight. Kalau naik flight mesti kena ada kereta sewa kan? Okay. Kereta sewa ni mula-mula kami ambil Toyota Innova Manual. Ambil dengan En Herdy (013-8906700). Tapi kitorg tak jadi ambil dengan kereta En Herdy sebabnya dia kata kereta accident sejam sebelum kitorg sampai KK. Dah lah masa tu kitorg baru je sampai KKIA. KC malas nak fikir banyak, dia pun tolong carikan kereta lain. Lepastu dia bagi no sorg abang ni (016-9697505). Jadi kami sewa van dengan dia je, nasib yang ni okay. Dugaan sangat-sangat. Moralnya, silalah check review dari orang yang dah pergi sebelum2 ni. Dari nak bercuti jadi sakit hati.

Homestay/ Hotel

Tips: Korang boleh tekan sini untuk dapatkan hotel dengan harga diskaun 10% atau refund sebanyak 10% daripada pihak Booking.com. TEKAN SINI 

Disebabkan kami bercuti selama 4 hari 3 malam.Jadi kami terfikir, kalau 3 malam kat Kundasang pun boleh jadi bosan kot. Huhu.
Sebab tengok review orang yang dah pergi Kundasang, 2 hari dah cukup untuk pusing satu Kundasang. Jadi bincang punya bincang, maka setujulah yang lain2 untuk stay dekat Kundasang 2 malam + KK 1 malam.
Dekat Kundasang kami stay dekat D’s Homestay. Mampu memuatkan 8 orang kot. Rate RM200/night. Kitorang minta extra Mattress RM15/pcs.

Homestay dia comel je. Bersih dan selesa. Ada 2 bilik. Setiap bilik ada katil queen dan sebiji tilam single. Kelengkapan Peti ais, Dapur, Gas, Iron, Iron Board, Heater, Water Heater, Kipas *jangan berangan nak pasang kipas, sejuk okayy! Masa kitorang stay dekat sana, kitorg ada basuh baju, lepastu balik dari berjalan dlm pukul 5ptg. Baju kami dah di angkat, dia letak atas meja kat luar homestay. Tak tau sape yang tolong angkatkan baju2 semua termasuk sotong-sotong. Btw, Thanks kepada yang tolong angkatkan baju kami. Hehe..

Dekat KK kami stay dekat Le Kinabalu Hotel. Pilih yang ni sebab dekat dengan Pasar Filipin. Rate RM138/night. KC nak pesan. Kalau nak murah ni hotelnya tapi kami booking dari Booking.com, sampai sana kena bayar GST, Services Tax bagai. Dari RM300++ jadi RM400++. Breakfast Include (Roti + Planta + Kaya).

Total Kos

Secara umumnya perbelanjaan masa kat sini banyak share. Jadi tak berapa pasti banyak mana yang habis untuk makanan.

Flight + Homestay + Kereta Sewa = RM406.22

KC bawak RM1000 sbb nak borong seafood and nak beli souvenirs utk officemate dan untuk beli makanan *InshaAllah makan tak mahal tapi makanan di Kundasang tak masuk tekak family KC. Hehe.. Masa nak balik, balance pocket money KC ada lagi dalam RM400.

Jadi Total Cost termasuk Hotel, Flight, Homestay dan Minyak Kereta adalah sebanyak RM 410.00 (KC bundarkan sbb senang nanti tak lah berpinar mata korang tengok nombor) - tidak termasuk makan.

Okay for next entry, KC akan cerita itinerary ke Kundasang 2017!



Next destination, Tawau!

Comments

Wajib Baca!

Itinerary dan Kos bercuti di Tawau, Sabah

Cara Beli Tiket Online Air Asia

Itinerary Tokyo 6 Hari 5 Malam